Apr 1, 2011

i League Newsletter - 1/4/2011

Kucing Malaya, Homesoy Sama Hebat

Perlawanan bagi gameweek ke-5 diteruskan lagi pada petang jumaat yang agak terik tadi dengan menyaksikan pertembungan antara Kucing Malaya CF dan juga Homesoy CF. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan Faizi dari Homesoy CF pada awal permainan babak pertama manakala gol penyamaan oleh Jazli dari Kucing Malaya ternyata melegakan pengurus mereka.

Babak pertama dimulakan dengan permainan pantas dari kedua-dua pasukan dengan saling berbalas serangan. Namun, Kucing Malaya dikejutkan dengan gol awal daripada Faizi yang mudah menggelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan deras kaki kiri ke pintu gol yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kucing Malaya, Taufik. Tersentak dengan gol itu, Kucing Malaya memperkemaskan rentak permainan yang dilihat sngat kucar-kacir di bahagian pertahanan namun dengan tenang dikemudikan oleh kapten pasukan mereka. Gol penyamaan dari Kucing Malaya hadir beberapa minit selepas itu hasil lorongan cantik bola kepada Jazli yang mudah menewaskan penjaga gol Homesoy ketika berhadapan satu-lawan-satu.

Perlwanan yang berakhir seri itu tadi meletakkan Homesoy kekal di tangga kedua dengan 10 mata dan terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga i, The Legend yang mengutip 13 mata selepas 5 perlawanan. Manakala Kucing Malay pula ke-6 sambil berkongsi 6 mata dengan Radix FC yang masih mempunyai baki 1 perlawanan.  -BBC Sports

No comments:

Post a Comment