Rules & Regulation

UNDANG-UNDANG PENGADILAN LIGA I

Peraturan Am
  • Bola yang digunakan semasa permainan berlangsung sepanjang kejohanan ini adalah bola sepak saiz 5. 
  • Jumlah pemain setiap pasukan adalah 16 orang seperti dalam borang yang telah dihantar. Pemain luar yang tidak berdaftar bermain untuk mana-mana pasukan adalah dilarang. 
  • Setiap pemain yang telah berdaftar mestilah merupakan pelajar institut, kakitangan institut atau mana-mana warga IPG Kampus Pulau Pinang sahaja.
  • Setiap pasukan yang dijadualkan untuk bermain mesti mematuhi waktu dan jadual perlawanan yang telah ditetapkan. 
  • Setiap pasukan haruslah bersiap sedia 10 minit lebih awal di luar padang untuk perlawanan yang akan bermula.
  • Mana-mana pasukan yang gagal menghadirkan diri lewat 15 minit, pasukan itu secara automatiknya dikira kalah. 
  • Mana-mana pasukan yang mempunyai jumlah ahli pasukan kurang dari 8 orang ahli sewaktu perlawanan bermula dikira kalah.

 Penyertaan 
  • Penyertaan hanya untuk semua warga IPG Kampus Pulau Pinang 
  •   Setiap pasukan boleh mendaftar 16 orang peserta: (11 orang pemain dan 5 orang simpanan)  
  • Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM60 sahaja.

Sistem Pertandingan 
  •  Sistem yang digunakan ialah sistem Liga secara satu pusingan.

Masa Permainan 
  • Setiap pasukan mestilah bersedia di padang 15 minit sebelum masa perlawanan. 
  • Pasukan yang lewat akan dikenakan tindakan keras. 
  • Tempoh masa bermain 38 minit bagi tiap-tiap separuh masa. 
  • Masa rehat tidak melebihi 8 minit kecuali dengan kebenaran pengadil.

Kad 
Kad Kuning: 
  • Pemain yang mengumpul kad kuning sebanyak 2 keping di dalam satu perlawanan akan mendapat KAD MERAH secara automatik dan juga DIGANTUNG untuk 1 perlawanan yang berikutnya. 
  • Pemain yang mengumpul kad kuning sebanyak 3 keping akan  secara automatik DIGANTUNG untuk 1 perlawanan yang berikutnya.
Kad merah: 
  • Pemain yang mendapat kad merah akan dikeluarkan dari padang dan digantung 1 perlawanan berikutnya.

Sistem Pemberian Mata dan Menentukan Pemenang dalam Sistem Liga:

Menang - 3
Seri       - 1
Kalah    - 0
  • Pasukan yang menghabiskan liga dengan jumlah mata terbanyak dikira sebagai pemenang. 
  • Jika terdapat kedudukan mata seri antara dua pasukan atau lebih, maka pemenang ditentukan seperti berikut: 
    • Perbezaan gol yang banyak (gol dijaringkan tolak gol bolos);
    • Jika masih seri juga, maka pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira menang.
    • Jika masih seri, pemenang akan ditentukan dengan diadakan perlawanan khas.

Menarik Diri  

  • Menarik diri dalam sistem liga  tidak dibenarkan. Jika masih berlaku, keputusan-keputusan yang terdahulu bagi pasukan yang berkenaan tidak diambil kira. 
  • Tindakan  disiplin/tatatertib akan ambil diambil jika penarikan diri tidak munasabah.

Penangguhan 
  • Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan (hujan lebat, petir dan kilat, padang licin), atau penagguhan pengadil, Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan tarikh dan masa penundaan perlawanan tersebut. 
  • Jika permainan diberhentikan sebelum separuh masa , permainan akan dimainkan semula.  Jika permainan diberhentikan selepas separuh masa , maka permainan akan diteruskan dengan baki masa yang ada.


Bantahan dan Rayuan 
  • Semua bantahan hendaklah dikemukakan oleh ketua pasukan secara bertulis kepada  Pengerusi Juri Rayuan dan Tatatertib tidak lewat daripada 15 minit selepas  sesuatu perlawanan
  •  Setiap bantahan hendaklah disertakan wang pertaruhan sebanyak RM100.00.  Wang  pertaruhan akan luput, jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu tidak wajar. 
    Ahli Jawatankuasa Kuasa yang telibat:
    • Luqman Hakim Bin Othman (T4S2MT)
    • Hanis Safwan Bin Anuar (T4S2SN)
    • Mohd Hanif Bin Abd Hamid(T2S2MT3)


“Scandal Mengatur Perlawanan”

Adalah DIHARAMKAN sama sekali. 

Sebagai contoh: Mengatur perlawanan diantara sesama batch
     Hukuman yang dikenakan adalah seperti 
    • Ditolak markah Atau  
    • DIDENDA dengan wang tunai.

    Pakaian dan Kelakuan 
    • Pemain-pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan lengkap iaitu:
      • Jersi  
      • Seluar panjang / pendek  dan “berthight” 
      • Memakai kasut Bolasepak. 
    • Tiap-tiap pemain mestilah memakai jersi bernombor sama  mengikut nombor yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran pemain sepanjang pertandingan. 
    • Semua peserta mestilah beretika.

    Pegawai Teknikal 
    • Pertandingan diadili oleh pelajar IPG sendiri.
    •  Keputusan Pengadil dan Penjaga Garisan adalah muktamad.

    Kehilangan barang-barang  dan kemalangan:
    • Pengelola tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang dan sebarang kemalangan/kecederaan. 
    • Oleh itu semua pemain dinasihatkan mengambil tindakan dan persediaan sewajarnya bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan .

    Keputusan Muktamad 
    • Jawatannkuasa Pengelola adalah berkuasa menambah dan/ atau memutuskan sebarang  perkara yang tidak tersebut dalam peraturan ini dan keputusannya adalah muktamad.