Sep 22, 2012

Transfer List Liga-I


Liga I melabuhkan tirainya sedikit awal tahun ini. Di awal tahun kita disajikan dengan persembahan mantap pasukan-pasukan bersaing dalam Liga I manakala di semester kedua tahun ini kejohanan I-Cup bercorak kalah mati menyajikan persembahan yang dinamik penuh dramatik. Liga kali ini berjalan lancar walaupun di awal saingan beberapa masalah timbul sedikit merencatkan permainan. Apapun liga ini telah dikelolakan dengan baik dan pihak penganjur wajar diberikan pujian atas usaha mereka tahun ini.

            Tujuan entri ini ditulis adalah bagi mengutarakan pandangan dan cadangan admin untuk menambahbaik lagi liga ini. Apapun ini sekadar cadangan dan pandangan peribadi admin, jika dirasakan elok bolehlah dipraktikkan di masa akan datang. Jika rasanya kurang elok tidak perlulah dilaksanakan.

            Pertama sekali di awal musim keempat semester kedua tahun ini (ketika berlangsungnya I-Cup yang julung kali diadakan) berlaku sedikit masalah ketika pendaftaran. Pasukan berdaftar tidak cukup ahlinya menyebabkan beberapa pasukan dipaksa menarik diri dari saingan. Malah ada pasukan yang baru terbentuk di malam pendaftaran pasukan kerana ketiadaan pemain. Pasukan itu bernasib baik tetapi bagaimana pula dengan pasukan yang lain? Mereka juga pastinya mahu bersaing dalam kejohanan ini sama seperti yang lain namun peluang mereka direntap kerana kekurangan pemain untuk bersaing. Lebih aneh ketika I-Cup sedang hangat berlangsung, secara tiba-tiba ramai pula pemain yang meminta didaftarkan untuk kejohanan ini. Sekiranya mereka mendaftar lebih awal mereka ini sudah boleh membentuk pasukan mereka sendiri. IPG kita ini bukan kecil dan jumlah pemain juga bukan sedikit. Ramai, cuma kurang dikenali. Mereka ini jarang mendapat peluang menonjolkan bakat kerana faktor-faktor tertentu. Mereka boleh bermain dan mereka mahu bermain, cuma mereka tidak mempunyai pasukan untuk diwakili. Cadangan admin bagi mengatasi masalah ini, ialah menyediakan satu senarai ‘Transfer List’ I-League. 

            Rasional di sebalik kewujudan ‘Transfer List’ I-League ialah untuk membantu pemain yang tidak mempunyai pasukan dan juga memperkemas system perpindahan pemain dalam liga ini. Begini, biar admin terangkan. Pemain yang masih tidak mempunyai pasukan perlu mendaftar nama mereka di dalam senarai ini. Mereka akan didaftarkan di bawah kategori ‘Free Agent’ iaitu pemain tidak terikat (pada mana-mana pasukan). Mereka ini akan diberikan tempoh percubaan dengan mana-mana pasukan yang bersaing dalam liga. Sekiranya pasukan itu berpuas hati, mereka bolehlah mendaftarkan pemain ini ke dalam pasukan mereka. Harus diingat andai berlaku persaingan untuk pemain, keputusan akan terletak di tangan pemain tersebut. Maka adalah lebih elok jika pemain tersebut mencuba nasib di beberapa pasukan terlebih dahulu bagi mencerahkan peluang pemain untuk terpilih.

            Kepada pemain yang sudah mempunyai pasukan namun ingin berpindah, mereka perlu terlebih dahulu mendaftar nama mereka di dalam senarai ini. Nama mereka akan muncul dalam senarai dengan status ‘Transfer Listed’. Rasional mengenai perubahan status ini adalah bagi memberi masa pasukan untuk memujuk pemain atau menyediakan pengganti di posisi yang ditinggalkan. Ia juga dapat memperkemas lagi perjalanan liga kita. Perpindahan pemain akan lebih tersusun dan saingan akan menjadi semakin sengit. Masalah pendaftaran pemain juga akan dapat diselesaikan. Mungkin ada yang akan bertanya, bagaimana pula nasib pemain yang tidak terpilih? Pemain di bawah status ‘Free Agent’ yang tidak terpilih akan terpinggir dari saingan liga? Sebenarnya mereka masih berpeluang untuk bersaing dalam liga ini. Bagaimana? Pemain ‘Free Agent’ ini bolehlah menubuhkan pasukan baru dengan mengambil kesemua pemain ‘Free Agent’ yang masih available. Dengan ini tiada lagi masalah pemain terpinggir dan kita juga dapat memeriahkan lagi liga kita ini.

            Tempoh percubaan pemain adalah selama 3 minggu sebelum pendaftaran pasukan. Senarai ‘Transfer List’ akan dikeluarkan lebih awal bagi memberi peluang pasukan untuk memancing pemain masuk ke pasukan mereka. Dalam tempoh itu, pemain bebas untuk berpindah kelab namun selesai pendaftaran bermakna tamat tempoh perpindahan (Jendela perpindahan tertutup). Di pertengahan liga (selepas selesai separuh dari perlawanan liga) jendela perpindahan akan dibuka semula, bukan untuk perpindahan kekal(pemain berdaftar dalam pasukan) sebaliknya adalah perpindahan berbentuk pinjaman. (oleh itu adalah rasional bagi setiap pasukan berdaftar menyediakan jersi kosong yang seragam dengan jersi pasukan mereka bagi member peluang meminjam pemain) TETAPI, hanya seorang pemain boleh dipinjam oleh sesebuah pasukan hanya untuk menyertai baki separuh lagi perlawanan liga. Perjanjian ini adalah suka sama suka bermakna kedua pasukan dan pemain bersetuju untuk meminjamkan/meminjam pemain tersebut bagi mengharungi saingan liga. Pemain berdaftar tidak boleh lagi berpindah dalam tempoh ini TETAPI pemain dalam senarai ‘Free Agent’ berpeluang untuk menyertai pasukan bersaing. (Ini adalah demi melancarkan perjalanan liga andai majority pemain terpaksa keluar dari kampus atas urusan rasmi. Kucing bersalin adalah urusan tidak rasmi, harap maklum. Perlawanan BPL atau El Clasico malam perlawanan juga bukan alasan rasmi) Tempoh jendela perpindahan ini adalah seminggu. Pemain ‘Free Agent’ dan pinjaman perlu didaftar dalam tempoh ini. Andai mereka gagal mendaftar dalam tempoh ditetapkan, pemain pinjaman terpaksa pulang kepada pasukan asal dan pemain ‘Free Agent’ hanya perlu menunggu musim akan datang andai mahu menyertai liga ini.

Admin juga mencadangkan agar jumlah pemain dalam pasukan ditambah kepada sekurang-kurangnya 17 pemain bagi setiap pasukan. Sekadar untuk melancarkan perjalanan liga andai ada pemain perlu keluar kampus untuk pelbagai urusan yang tidak dapat dielakkan. Diharapkan pihak penganjur dapat menimbangkan cadangan ini. Sekian.

Jun 21, 2012

iCUP - Borang Pendaftaran

Pendaftaran Dibuka kepada Warga IPG KPP !!
Hanya Click, Right-Click, Save 

Apr 17, 2012

Season Wrap Up

Musim ke-3 Liga I akan berakhir tidak lama lagi dengan Kucing Malaya gah di takhta liga diekori rapat pasukan Homesoy FC yang menikmati musim terbaik mereka dalam edisi ke-3 Liga I. Kedudukan setiap pasukan di dalam liga juga dilihat tidak akan berubah dengan drastik dengan beberapa pasukan telah menghabiskan baki perlawanan mereka musim ini. Berikut adalah season wrap up buat pasukan-pasukan di dalam Liga I

Kuching Malaya
Kedudukan liga - 1 (16 mata)
Goal Difference - 18
Ramalan - Juara liga

Kuching Malaya mengekalkan aksi konsisten sepanjang musim dan layak berada di takhta liga. Dengan rekod tanpa kalah musim ini mereka dilihat sebagai pencabar utama untuk merangkul kejuaraan sekaligus mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang memenangi liga berturut-turut. Namun mereka tidak boleh leka. Dengan baki 2 perlawanan segalanya mungkin. Apatah lagi mereka kini diekori rapat 2 pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Homesoy dan Maskrede CF. Saingan liga semakin hampir ke punghujung dan andai Kuching Malaya kekal konsisten menghadapi baki perlawanan mereka berpeluang untuk merangkul kejayaan kedua mereka dalam 2 musim. 

Homesoy CF
Kedudukan liga - 2 (16 mata)
Goal Difference - 12
Ramalan - League runner up

Homesoy menikmati musim terbaik mereka ketika ini. Mengekori rapat pasukan Kuching Malaya, mereka mampu melakukan kejutan dan berpeluang untuk merangkul kejayaan pertama mereka dalam Liga I. Mereka sudah mengharungi 7 perlawanan liga bermakna hanya berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. Berbanding Kuching Malaya yang berbaki 2 perlawanan, agak sukar bagi Homesoy untuk menggugat kedudukan Kuching Malaya di takhta liga. Namun andai Kuching Malaya terlepas mata dalam baki 2 perlawanan tersebut, Homesoy tetap berpeluang untuk merangkul kejuaraan. Di atas kertas, Homesoy dilihat hanya akan menamatkan kempen mereka di tempat kedua. 

Maskrede CF
Kedudukan liga - 3 (13 mata)
Goal Difference - 13
Ramalan - League runner up

Seperti Homesoy, Maskrede juga sedang berada di puncak permainan mereka. Dengan baki 2 perlawanan lagi, peluang Maskrede CF untuk merangkul kejuaraan pertama mereka agak cerah. Namun Kuching Malaya jelas menjadi penghalang cita-cita mereka musim ini. Maskrede akan berusaha keras untuk memperbaiki kedudukan liga. Dari rekod perlawanan mereka penulis merasakan kedudukan top 3 adalah sudah pasti buat Maskrede musim ini. yang masih samar adalah peluang mereka untuk menjuarai liga. Segalanya bergantung kepada baki 2 perlawanan akhir Kuching Malaya. Apapun mereka masih berpeluang. Bola itu bulat

Chuping Telinga Athletic
Kedudukan Liga - 4 (12 mata)
Goal Difference - 2
Ramalan - Mid Table finish

Chuping Telinga Athletic kini menghuni tangga ke 4 liga berbaki hanya 1 perlawanan lagi. Maka mereka dilihat hanya mampu menamatkan kempen liga di kelompok pertengahan liga. Mereka menampilkan permainan yang menarik dan menunjukkan peningkatan di setiap musim. Namun musim ini mereka kurang bernasib baik dan hanya boleh berpuas hati di kelompok pertengahan. Mungkin musim hadapan mereka akan lebih bernasib baik dan siapa tahu mereka mungkin berpeluang mencabar kejuaraan liga? Apapun musim ini, mid table finish sudah memadai buat mereka. 

Newborn United
Kedudukan liga - 5 (9 mata)
Goal Difference - 5
Ramalan - Mid Table finish

Pasukan Newborn beraksi lebih baik musim ini berbanding musim lalu. Kembalinya penyerang prolifik mereka yang baru pulih dari kecederaan memberikan pasukan ini satu momentum untuk terus maju. Kedudukan mereka masih belum stabil. Newborn kini berbaki 1 perlawanan dan diekori rapat pasukan Radix FC, hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Kemenangan dalam perlawanan terakhir liga akan mengunci kedudukan mereka dalam liga. Musim ini mereka hanya boleh berpuas hati menduduki kelompok pertengahan liga. 

Radix FC
Kedudukan liga - 6
Goal Difference - -9
Ramalan - Mid Table finish

Pasukan Radix mengekori rapat pasukan di tangga ke 5 iaitu Newborn United. Berbaki 1 perlawanan lagi, andai pasukan Newborn keciciran mata di perlawanan terakhir mereka Radix mungkin dapat memperbaiki kedudukan pasukan. Kemenangan dalam perlawanan terakhir liga adalah penting andai mereka mahu memperbaiki kedudukan pasukan di dalam liga. 

Ciku United
Kedudukan liga - 7
Goal Difference - -1
Ramalan - Bottom Half

Pasukan ini dikenali sebagai satu pasukan 'Giant Killer' dalam Liga I. Dengan kombinasi pemain baru dan lama, mereka sudah melakarkan keputusan yang mengejutkan dalam perlawanan-perlawanan mereka menentang pasukan gergasi liga. Meski hanya mencatat keputusan seri dalam perlawanan menentang pasukan gergasi, ia dianggap sebagai satu pencapaian besar buat pasukan ini. Sayang kerana mereka kini menghuni bottom half liga dan mereka juga telah menamatkan kempen mereka lebih awal berbanding pasukan lain. Kedudukan bottom half itu sudah pasti namun mereka harus berbangga dengan pencapaian pasukan mereka musim ini. 

Pinang United
Kedudukan liga - 8
Goal difference - -25
Ramalan - Bottom Half

Pasukan ini mencatat jumlah bolos yang banyak berbanding pasukan lain dalam saingan liga. Namun mereka telah mencatat 3 mata berharga bagi meletakkan mereka di kedudukan ke-8 liga. Peluang mereka untuk memperbaiki kedudukan sudah terkunci dan mereka hanya boleh berpuas hati dengan kedudukan mereka ketika ini. Berbaki 1 perlawanan, musim hadapan mereka mungkin akan lebih bernasib baik. Taktikal yang lebih tersusun mungkin boleh membantu mereka untuk memperbaiki kedudukan pasukan di musim akan datang. 

L.A FC/Gembira
Kedudukan liga - 9
Goal Difference - -15
Ramalan - Bottom League

Pasukan Gembira menghadapi musim terburuk mereka musim ini. Hanya mengutip 1 mata dari 7 perlawanan liga, kemenangan dalam perlawanan terakhir liga merupakan peluang terakhir untuk mereka memperbaiki kedudukan. Andai mereka mampu mengutip 3 mata berharga dalam perlawanan terakhir liga dan Pinang United tercicir mata mereka mampu memperbaiki kedudukan mereka dalam liga. Mereka berkemampuan mencipta kejutan tapi dari rekod dan form mereka musim ini, penulis meramalkan mereka akan menghuni bottom league musim ini. Apapun ramalan itu hanya di atas kertas. Aksi mereka di padang yang akan menentukan nasib mereka musim ini.

Feb 25, 2012

I-League - FACTS

Tahukah anda? :
 Afifuddin (Maskrede)


1) Antara pemain paling versatile dalam liga adalah Afifudin dari pasukan Maskrede FC. Beliau boleh bermain sebagai pemain pertahanan, penjaga gol malah pernah bermain sebagai penyerang di musim pertama dan menggondol anugerah penyerang terbaik Liga-IHOLY~!





2) Pemain paling muda pernah tersenarai dalam senarai I-League Dream Team ialah Firrland Alvie Ali dari pasukan Newborn United

3) Man of the Match pertama dalam Liga I disambar oleh pemain Newborn United, Christy Reza

4) Musim ketiga menyaksikan hanya 9 pasukan bertanding berbanding 10 musim sebelumnya

5) Jenama jersi paling banyak digunakan dalam Liga-I ialah FBT





6) Bola jenama Nike telah digunakan oleh penganjur liga selama 3 musim berturut-turut.

7) Pasukan The Legend merupakan pasukan all star - majoriti pemain pasukan ini adalah pemain rasmi IPGKPP. Malah, jurulatih pasukan bola sepak IPGKPP juga bermain di pasukan ini. 

8) Jaringan terbesar pernah tercatat dalam liga ialah ketika Radix bertemu pasukan BTB (Musim ke-2) yang berkesudahan 11-0.

9) Pasukan Catalan FC (musim pertama I-League) hanya bermain semusim sebelum dibubarkan. Pemain pasukan ini kemudiannya diserap masuk ke pasukan lain seperti Kucing Malaya dan CTA.

10) Formasi paling popular dalam Liga-I ialah 4-4-2


11) Group FB Liga-I adalah lebih popular berbanding blog Liga-I ;P

12) Pasukan yang mengutip kad kuning terbanyak ialah pasukan Maskrede FC.

13) Selepas 3 musim, hanya satu kad merah dilayangkan kepada pemain. Pemain tersebut adalah pemain dari pasukan Newborn United

14) Juara sulung I-League ialah pasukan The Legend

15) Antara nombor yang selalu digunakan oleh penjaga gol ialah nombor 1, 12, 18, 21, 22 dan nombor 2 angka yang lain. Namun Lukman dari pasukan Homesoy memakai jersi bernombor 4 - ini kerana beliau asalnya adalah pemain pertahanan.

16) Liga-I tidak ada sistem home dan away. - Obviously. Satu je padang. Camne nak buat home away??

17) Di musim pertama Liga I, satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan pasukan The Legend ialah pasukan Catalan. Mereka berjaya menewaskan The Legend 1-0 hasil jaringan menarik Jemey.

18) Penyokong paling hardcore dalam Liga-I ialah penyokong pasukan TEYL-FC (Ciku United). 

19) Musim ini julung kali diadakan Piala Pengarah bersistem kalah mati

20) Pasukan-pasukan dalam Liga-I mempunyai nama-nama yang unik. Maskrede, Kucing Malaya, Chuping Telinga Athletic dll. adalah contoh keunikan nama pasukan di dalam liga ini.

Kalau salah fakta minta dibetulkan. Kalau ada fakta tambahan silakan tambah. 

Signing out.

Jan 9, 2012

Spekulasi Perpindahan Pra Musim 3/2012 (Transfer Rumours)

 BERITA PERPINDAHAN


Liga i musim ke-3 akan membuka tirainya tidak lama lagi. Setiap pasukan yang bakal bertanding pastinya sudah tidak sabar menanti detik sepak mula perlawanan pertama Liga i musim baru nanti. Setiap pasukan dilihat sudah bersiap-sedia dengan mempersiapkan pasukan mereka untuk memburu takhta kejuaraan Liga i musim ke-3 kali ini. Perpindahan pemain dari kelab ke kelab pastinya akan terjadi sebelum musim baharu bermula nanti. Sudah pastinya setiap pasukan akan membentuk sebuah pasukan yang memiliki pemain-pemain yang berkualiti dengan menandatangani muka baru ke dalam skuad mereka.

Azlan Jaya ke Gembira FC?
Pasukan yang menduduki tangga ke-9 liga musim lepas, Gembira FC sudah mula mengorak langkah bagi memperkuatkan barisan pemain mereka bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga pada musim yang akan datang ini. Setakat ini, mereka telah berjaya menandatangani seorang pemain Maskrede CF, Azlan/ Azlan dilaporkan menerima tawaran lumayan tersebut setelah dia kecewa kerana jarang diberikan aksi kesebelasan utama dalam skuad Maskrede CF pada musim lepas.

Namun begitu terdapat juga khabar angin yang mengatakan ramai pemain Gembira FC yang akan berhijrah keluar ke kelab-kelab lain dan ada juga yang ingin bersara dari arena bola sepak. Hal ini ternyata sedikit meresahkan pengurus pasukan mereka untuk membentuk skuad yang mantap menjelang sepak mula Liga i musim ke-3 ini. Antara nama yang dikaitkan untuk berhijrah adalah kapten mereka, Zulhusni atau dikenali sebagai Seni serta pemain pertahanan/penjaga gol mereka, Hikrie. Mereka berdua dikhabarkan diberi tawaran lumayan oleh kelab Homesoy CF yang sedang bergelut untuk membentuk skuad yang lebih kuat setelah dua musim berturut-turut menduduki tempat ke-3 dalam Liga i. Ketika ditemui untuk ditemubual, Mohd Hikrie yang merupakan pemain tonggak Gembira FC enggan mengulas lanjut tentang perkara ini. Beliau hanya berkata, "Saya masih belum menandatangani kontrak dengan kelab yang ingin tawar kat saya tu. Saya kena fikir dahulu sedalam-dalamnya agar keputusan yang saya buat nanti tidak silap." ujar beliau dgn nada yg merendah diri. "Saya sangat berbangga dan sedikit terkejut apabila ditawarkan untuk beraksi bersama sebuah pasukan yang tidak kurang hebatnya dalam Liga i ini. Saya tak akan lepaskan peluang kekemasan ini." sambung Hikrie lagi. Usaha kami untuk mendapatkan penjelasan dari kapten Gembira FC gagal selepas beliau tidak mahu memberikan komennya.
Duo Gembira FC: Kapten, Seni serta Hikrie bakal berhijrah meninggalkan kelab lama mereka...


Berita spekulasi/gosip perpindahan pra musim ini akan di update dari semasa ke semasa. Nantikan berita perpindahan yang seterusnya nanti.