Apr 26, 2011

Perlawanan Minggu Kelapan

21 April 2011 

Homesoy CF  2 - 0  SC Catalan
Scorer:
- Hanif (1), Faizi (1) [Homesoy]



Radix FC  2 - 3  Maskrede CF   
Scorer:
- Hanif (2), Fazril (1) [Maskrede]
- Khairul (2) [Radix]



Blackpool FC  0 - 3  Veteran FC   
Scorer:
- Zulkhazril (1), Fath (1), Azhan (1) [Veteran]




24 April 2011 

Newborn United  0 - 4  The Legend
Scorer:
- Hanis (1), Faiz (1), Jailani (1), Fahmi (1) [The Legend]




26 April 2011 

Chuping Telinga AFC  0 - 5  Kucing Malaya FC
Scorer:
- Jazli (1), Fazreen (2), Mustaqim (1), Azizul (1) [Kucing Malaya]


Apr 19, 2011

Perlawanan Minggu Ketujuh

12 April 2011

Veteran FC 0 - 1 Newborn United
Scorer:
- Nabil (1) [Newborn]





14 April 2011

SC Catalan 1 - 1 Radix FC
Scorer:
- Nazir (1) [Catalan]
- Aiman OG (1) [Catalan]


Maskrede CF 2 - 0 Chuping Telinga AFC
Scorer:
- Afifuddin (1), Arif (1) [Maskrede]




14 April 2011

Kucing Malaya FC 3 - 0 Blackpool FC
Scorer:
- arif-2
-Jazli-1

Apr 15, 2011

i League Newsletter - 15/4/2011

MASKREDE SEKAT KEBANGKITAN CHUPING TELINGA


Perlawanan Gameweek 7 menyaksikan pertembungan antara dua pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik apabila masing-masing telah mencatatkan kemenangan pada perlawanan liga yang lepas. Chuping Telinga yang kembali bangkit musim ini apabila mula mencatatkan kemenangan 2 kali berturut-turut sebelum ini akhirnya tunduk di tangan Maskrede 2-0.

Kedua-dua pasukan dilihat saling mengasak ke arah kubu pihak lawan namun kedudukan masih terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua bermula, barulah gol pertama hadir menerusi Arif Johari dari Maskrede yang membuat gerakan solo dari kawasan tengah padang sehinggalah menyumbat gol di hadapan pintu gol Chuping Telinga. Gol kedua pula dijaringkan oleh Afifuddin yang tidak dikawal mudah menanduk masuk bola hasil hantaran lintang Azlan dari sebelah tepi padang.

Kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan Maskrede ke tangga ke-4 liga dengan 11 mata. Dengan hanya berbaki dua perlawanan sja lagi untuk mengharungi musim pertama Liga i ini, Maskrede masih berpeluang untuk merebut kejuaraan Liga i walaupun pada awal musim mereka dilihat tidak mampu mencabar kejuaraan liga ini. Chuping pula terus kekal berada di tangga  ke-9 liga dengan mengumpul 7 mata daripada 7 perlawanan.



VIDEO:
(Goal + Highlight)

(Goal only)

Apr 10, 2011

i League Newsletter - 10/4/2011

Chuping Menang Bergaya Ke Atas Radix FC


Perlawanan terakhir bagi Gameweek ke-6 ini adalah pertembungan antara Chuping Telinga dan juga Radix FC. Perlawanan pada petang ahad ini berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Chuping Telinga 2-0 ke atas Radix FC. Perlawanan berkenaan diselubungi kontroversi apabila gol kedua Chuping Telinga disahkan oleh pengadil perlawanan, Luqman. Penjaga garisan yang menyaksikan gol berkenaan mengesahkan bahawa bola yang telah ditangkap oleh penjaga gol Radix telah melepasi garisan gol terlebih dahulu dan setelah berbincang dengan pengadil perlawanan, gol tersebut disahkan. Gol berkenaan hadir berpunca daripada gerakan sepak mula daripada pasukan Chuping Telinga dan Haniz terus merembat bola dari kawasan tengah padang untuk memberikan gol kedua sekaligus gol kemenangan kepada Chuping Telinga.

Sebelum itu, gol pertama Chuping Telinga hadir pada babak pertama perlawanan menerusi Shazrin hasil gerakan solonya melepasi beberapa pertahanan lawan sebelum merembat masuk gol dari sudut sukar kawasan gol Radix FC. Kemenangan tersebut ternyata menaikkan semangat Chuping Telinga yang telah mengalami kemenangan 2 kali berturut-turut dan mempamerkan kebangkitan luarbiasa dalam beberapa perlawanan terakhir Liga i. Chuping Telinga kini mengumpul 7 mata dan berkongsi mata bersama-sama dengan pasukan Kucing Malaya dan SC Catalan.  -Reuters

Perlawanan Minggu Keenam

7 April 2011

Blackpool FC  0 - 6  Maskrede CF
Scorer: 
- Afifuddin (4), Arif (1), Ikhram (1) [Maskrede] 



8 April 2011

Homesoy CF  0 - 0  Veteran FC



9 April 2011

Newborn United  1 - 1  Kucing Malaya FC
Scorer:
- Firland (1) [Newborn]
- Zulhilmi (1) [Kucing Malaya]

The Legend  0 - 1  SC Catalan
Scorer:
- Jemey (1) [Catalan]




10 April 2011

Chuping Telinga AFC  2 - 0  Radix FC
Scorer:
- Shazrin (1), Haniz (1) [Chuping Telinga]



Apr 9, 2011

i League Newsletter - 9/4/2011

Catalan Lebur Rekod The Legend



Perlawanan Minggu keenam disambung lagi pada petang Sabtu ini dengan menyaksikan pertembungan antara pendahulu liga, The Legend dengan SC Catalan. Rekod tanpa kalah yang dipegang oleh The Legend akhirnya lebur di tangan SC Catalan apabila tewas 0-1. Kekalahan pertama itu ternyata mencalar sedikit ego The Legend yang setelah sekian lama tidak merasai sebarang kekalahan dan dilihat sebagai pasukan yang sukar untuk ditewaskan.

SC Catalan turun bermain dengan semangat juang yang tinggi dan ingin menjadi pasukan pertama yang menewaskan The Legend dalam saingan Liga i. Perlawanan yang dilihat seakan-akan berakhir dengan seri tanpa jaringan itu dikejutkan dengan gol di saat-saat akhir oleh Jemey dari Catalan yang merembat bola dari luar kotak penalti menerjah penjuru gawang gol untuk memberikan kemenangan bermakna kepada pasukannya. Beberapa percubaan bahaya dari kedua-dua pasukan sebelum itu tidak membuahkan hasil apabila kedua-dua pertahanan pasukan masing-masing tidak mahu mengalah dan mematahkan setiap percubaan ke arah gol. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Catalan, Hakimin yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pemain The Legend dan menjaga gawangnya dengan cemerlang dari dibolosi.

Kemenangan tersebut meletakkan SC Catalan di tangga ke-7 dengan mengutip 7 mata daripada enam perlawanan manakala kedudukan The Legend selaku pendahulu liga masih belum tergugat walaupun gagal mengutip sebarang mata pada perlawanan ini. Mereka kekal dengan 13 mata, 2 mata di hadapan Homesoy CF.   - Reuters


Video Gol & Highlight:


Apr 7, 2011

i League Newsletter - 7/4/2011

MASKREDE BENAM BLACKPOOL


Perlawanan Gameweek 6 Liga i minggu ini dimulakan dengan perlawanan antara Blackpool FC dan Maskrede CF yang ditukar jadualnya pada hari khamis 7/4/2011 atas alasan yang tertentu dan menjadi perlawanan tunggal tumpuan. Maskrede yang kelihatan bersemangat dan berazam untuk bangkit dari "badi' kemarau gol dan nasib yang tidak menyebelahi mereka dalam setiap perlawanan Liga i sejak akhir-akhir ini berjaya mempamerkan kebangkitan garang apabila mudah membelasah Blackpool FC dengan keputusan 6-0. Skuad Maskrede juga dilihat mengalami pertukaran taktikal pemain dengan sekembalinya Izi dari kecederaan dan beberapa pemain utama direhatkan termasuklah penjaga gol no.1 Maskrede, Safwan. Farhan diberi kepercayaan untuk menggalas tugas selaku penjaga gol dalam kesebelasan utama pada perlawanan ini.

Pada perlawanan yang berlangsung petang khamis itu, Maskrede yang masih segar dengan 2 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan persahabatan sebelum ini turun untuk membuktikan keupayaan mereka dan menafikan kritikan dari pelbagai pihak. Gol pertama Maskrede hadir seawal minit yang pertama separuh masa pertama menerusi penyerang mereka, Afifuddin yang mudah menghukum kealpaan benteng pertahanan Blackpool.

Gol kedua juga hadir sekali lagi menerusi Afifuddin yang merembat dari luar kotak penalti hasil bola muntah penjaga gol Blackpool, Zhafrin yang terlebih dahulu menolak bola hantaran Hanif keluar dari kawasan bahaya namun pantas disambar Afifuddin. Seterusnya, beliau sekali cemerlang dengan menjaringkan gol hatrik pertamanya musim ini menerusi gol ketiganya yang merembat cantik bola ke penjuru gawang tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol Blackpool.

Tidak cukup dengan hatrik jaringannya, Afifuddin menambah derita Blackpool sekali lagi menerusi gol ke-4 nya hasil gerakan cantiknya yang melepasi beberapa orang pertahanan Blackpool sebelum menolak masuk bola ke dalam gawang gol.

Separuh masa kedua pula menyaksikan tambahan lagi 2 gol masing-masing menerusi Arif dan Ikhram. Arif menanduk masuk bola menerusi hantaran sepakan sudut yang diambil oleh hanif tepat singgah di kepalanya untuk membolehkannya mencatat selaku penjaring. Pertahanan Maskrede, Ikhram menutup petang gemilang Maskrede dengan gol ke-6 menerusi rembatan cantik ke bucu gawang gol.


Kemenangan tersebut ternyata menyuntik semangat juang para pemain Maskrede dan memberikan motivasi untuk menghadapi saki baki saingan Liga i pada perlawanan akan datang. Maskrede kini mula memanjat ke tangga ke-5 liga dengan mengutip 8 mata daripada 6 perlawanan.  -Reuters



VIDEO GOL PERLAWANAN:

Apr 2, 2011

Keputusan Perlawanan Tertunda

2 April 2011

(Gameweek 4 - Delayed)
Radix FC  1 - 0  Newborn United
Scorer:
- Baith

Perlawanan Minggu Kelima

25 Mac 2011

Maskrede CF  2 - 2  Newborn United   
Scorer:
- Afifudin (1), Hanif (1) [Maskrede]
- Louis (1), James (1) [Newborn]


27 Mac 2011

Veteran FC  1 - 3  The Legend
Scorer:
- Hafiz (1), Nasrul (1), Jailani (1) [The Legend]
- Zulkhazril (1) [Veteran FC]




29 Mac 2011

Radix FC  3 - 0  Blackpool FC
Scorer:
-Baith (1), Ibnu Mustofa (1), Khairul (1)



1 April 2011

Kucing Malaya FC  1 - 1  Homesoy CF
Scorer:
- Faizi (1) [Homesoy]
- Jazli (1) [Kucing Malaya]




2 April 2011

SC Catalan  2 - 4  Chuping Telinga AFC
Scorer:
- Asyraf (3), Shazrin (1) [Chuping Telinga]
-  [Catalan]

Apr 1, 2011

i League Newsletter - 1/4/2011

Pemain Blackpool Didenda

Pemain pertahanan Blackpool FC, Hafiz (gambar) bakal didenda oleh i League FA dengan hukuman digantung satu perlawanan setelah didapati bersalah masuk semula ke padang sewaktu perlawanan Blackpool menentang Radix FC baru-baru ini. Pemain Blackpool ini masuk semula selepas keluar ditukar untuk ditukar dengan pemain gantian, Shafiq pada separuh masa kedua tanpa disedari oleh pengadil dan penjaga garisan.


Pengadil pada perlawanan tersebut, Fazril mengakui kesilapannya tidak menghalang pemain berkenaan masuk semula selepas keluar untuk digantikan dengan Shafiq dan berkata beliau tidak sedar akan kemasukannya semula sehinggalah tamat perlawanan. Setelah tamat perlawanan, para pengadil melakukan perbincangan dan dipersetujui oleh Admin Liga i untuk melakukan dendaan terhadapnya bagi memberi peringatan kepada pemain-pemain lain akan kesedaran mematuhi peraturan Liga i yang telah ditetapkan. Hafiz bakal terlepas perlawanan Gameweek 6 menentang Maskrede CF. Setakat ini tiada lagi rayuan yang dibuat oleh pihak Blackpool terhadap dendaan ini.  -BBC Sports

i League Newsletter - 1/4/2011

Kucing Malaya, Homesoy Sama Hebat

Perlawanan bagi gameweek ke-5 diteruskan lagi pada petang jumaat yang agak terik tadi dengan menyaksikan pertembungan antara Kucing Malaya CF dan juga Homesoy CF. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan Faizi dari Homesoy CF pada awal permainan babak pertama manakala gol penyamaan oleh Jazli dari Kucing Malaya ternyata melegakan pengurus mereka.

Babak pertama dimulakan dengan permainan pantas dari kedua-dua pasukan dengan saling berbalas serangan. Namun, Kucing Malaya dikejutkan dengan gol awal daripada Faizi yang mudah menggelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan deras kaki kiri ke pintu gol yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kucing Malaya, Taufik. Tersentak dengan gol itu, Kucing Malaya memperkemaskan rentak permainan yang dilihat sngat kucar-kacir di bahagian pertahanan namun dengan tenang dikemudikan oleh kapten pasukan mereka. Gol penyamaan dari Kucing Malaya hadir beberapa minit selepas itu hasil lorongan cantik bola kepada Jazli yang mudah menewaskan penjaga gol Homesoy ketika berhadapan satu-lawan-satu.

Perlwanan yang berakhir seri itu tadi meletakkan Homesoy kekal di tangga kedua dengan 10 mata dan terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga i, The Legend yang mengutip 13 mata selepas 5 perlawanan. Manakala Kucing Malay pula ke-6 sambil berkongsi 6 mata dengan Radix FC yang masih mempunyai baki 1 perlawanan.  -BBC Sports