Apr 15, 2011

i League Newsletter - 15/4/2011

MASKREDE SEKAT KEBANGKITAN CHUPING TELINGA


Perlawanan Gameweek 7 menyaksikan pertembungan antara dua pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik apabila masing-masing telah mencatatkan kemenangan pada perlawanan liga yang lepas. Chuping Telinga yang kembali bangkit musim ini apabila mula mencatatkan kemenangan 2 kali berturut-turut sebelum ini akhirnya tunduk di tangan Maskrede 2-0.

Kedua-dua pasukan dilihat saling mengasak ke arah kubu pihak lawan namun kedudukan masih terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua bermula, barulah gol pertama hadir menerusi Arif Johari dari Maskrede yang membuat gerakan solo dari kawasan tengah padang sehinggalah menyumbat gol di hadapan pintu gol Chuping Telinga. Gol kedua pula dijaringkan oleh Afifuddin yang tidak dikawal mudah menanduk masuk bola hasil hantaran lintang Azlan dari sebelah tepi padang.

Kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan Maskrede ke tangga ke-4 liga dengan 11 mata. Dengan hanya berbaki dua perlawanan sja lagi untuk mengharungi musim pertama Liga i ini, Maskrede masih berpeluang untuk merebut kejuaraan Liga i walaupun pada awal musim mereka dilihat tidak mampu mencabar kejuaraan liga ini. Chuping pula terus kekal berada di tangga  ke-9 liga dengan mengumpul 7 mata daripada 7 perlawanan.



VIDEO:
(Goal + Highlight)

(Goal only)

No comments:

Post a Comment