Apr 9, 2011

i League Newsletter - 9/4/2011

Catalan Lebur Rekod The Legend



Perlawanan Minggu keenam disambung lagi pada petang Sabtu ini dengan menyaksikan pertembungan antara pendahulu liga, The Legend dengan SC Catalan. Rekod tanpa kalah yang dipegang oleh The Legend akhirnya lebur di tangan SC Catalan apabila tewas 0-1. Kekalahan pertama itu ternyata mencalar sedikit ego The Legend yang setelah sekian lama tidak merasai sebarang kekalahan dan dilihat sebagai pasukan yang sukar untuk ditewaskan.

SC Catalan turun bermain dengan semangat juang yang tinggi dan ingin menjadi pasukan pertama yang menewaskan The Legend dalam saingan Liga i. Perlawanan yang dilihat seakan-akan berakhir dengan seri tanpa jaringan itu dikejutkan dengan gol di saat-saat akhir oleh Jemey dari Catalan yang merembat bola dari luar kotak penalti menerjah penjuru gawang gol untuk memberikan kemenangan bermakna kepada pasukannya. Beberapa percubaan bahaya dari kedua-dua pasukan sebelum itu tidak membuahkan hasil apabila kedua-dua pertahanan pasukan masing-masing tidak mahu mengalah dan mematahkan setiap percubaan ke arah gol. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Catalan, Hakimin yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pemain The Legend dan menjaga gawangnya dengan cemerlang dari dibolosi.

Kemenangan tersebut meletakkan SC Catalan di tangga ke-7 dengan mengutip 7 mata daripada enam perlawanan manakala kedudukan The Legend selaku pendahulu liga masih belum tergugat walaupun gagal mengutip sebarang mata pada perlawanan ini. Mereka kekal dengan 13 mata, 2 mata di hadapan Homesoy CF.   - Reuters


Video Gol & Highlight:


No comments:

Post a Comment