Apr 7, 2011

i League Newsletter - 7/4/2011

MASKREDE BENAM BLACKPOOL


Perlawanan Gameweek 6 Liga i minggu ini dimulakan dengan perlawanan antara Blackpool FC dan Maskrede CF yang ditukar jadualnya pada hari khamis 7/4/2011 atas alasan yang tertentu dan menjadi perlawanan tunggal tumpuan. Maskrede yang kelihatan bersemangat dan berazam untuk bangkit dari "badi' kemarau gol dan nasib yang tidak menyebelahi mereka dalam setiap perlawanan Liga i sejak akhir-akhir ini berjaya mempamerkan kebangkitan garang apabila mudah membelasah Blackpool FC dengan keputusan 6-0. Skuad Maskrede juga dilihat mengalami pertukaran taktikal pemain dengan sekembalinya Izi dari kecederaan dan beberapa pemain utama direhatkan termasuklah penjaga gol no.1 Maskrede, Safwan. Farhan diberi kepercayaan untuk menggalas tugas selaku penjaga gol dalam kesebelasan utama pada perlawanan ini.

Pada perlawanan yang berlangsung petang khamis itu, Maskrede yang masih segar dengan 2 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan persahabatan sebelum ini turun untuk membuktikan keupayaan mereka dan menafikan kritikan dari pelbagai pihak. Gol pertama Maskrede hadir seawal minit yang pertama separuh masa pertama menerusi penyerang mereka, Afifuddin yang mudah menghukum kealpaan benteng pertahanan Blackpool.

Gol kedua juga hadir sekali lagi menerusi Afifuddin yang merembat dari luar kotak penalti hasil bola muntah penjaga gol Blackpool, Zhafrin yang terlebih dahulu menolak bola hantaran Hanif keluar dari kawasan bahaya namun pantas disambar Afifuddin. Seterusnya, beliau sekali cemerlang dengan menjaringkan gol hatrik pertamanya musim ini menerusi gol ketiganya yang merembat cantik bola ke penjuru gawang tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol Blackpool.

Tidak cukup dengan hatrik jaringannya, Afifuddin menambah derita Blackpool sekali lagi menerusi gol ke-4 nya hasil gerakan cantiknya yang melepasi beberapa orang pertahanan Blackpool sebelum menolak masuk bola ke dalam gawang gol.

Separuh masa kedua pula menyaksikan tambahan lagi 2 gol masing-masing menerusi Arif dan Ikhram. Arif menanduk masuk bola menerusi hantaran sepakan sudut yang diambil oleh hanif tepat singgah di kepalanya untuk membolehkannya mencatat selaku penjaring. Pertahanan Maskrede, Ikhram menutup petang gemilang Maskrede dengan gol ke-6 menerusi rembatan cantik ke bucu gawang gol.


Kemenangan tersebut ternyata menyuntik semangat juang para pemain Maskrede dan memberikan motivasi untuk menghadapi saki baki saingan Liga i pada perlawanan akan datang. Maskrede kini mula memanjat ke tangga ke-5 liga dengan mengutip 8 mata daripada 6 perlawanan.  -Reuters



VIDEO GOL PERLAWANAN:

No comments:

Post a Comment