Apr 10, 2011

i League Newsletter - 10/4/2011

Chuping Menang Bergaya Ke Atas Radix FC


Perlawanan terakhir bagi Gameweek ke-6 ini adalah pertembungan antara Chuping Telinga dan juga Radix FC. Perlawanan pada petang ahad ini berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Chuping Telinga 2-0 ke atas Radix FC. Perlawanan berkenaan diselubungi kontroversi apabila gol kedua Chuping Telinga disahkan oleh pengadil perlawanan, Luqman. Penjaga garisan yang menyaksikan gol berkenaan mengesahkan bahawa bola yang telah ditangkap oleh penjaga gol Radix telah melepasi garisan gol terlebih dahulu dan setelah berbincang dengan pengadil perlawanan, gol tersebut disahkan. Gol berkenaan hadir berpunca daripada gerakan sepak mula daripada pasukan Chuping Telinga dan Haniz terus merembat bola dari kawasan tengah padang untuk memberikan gol kedua sekaligus gol kemenangan kepada Chuping Telinga.

Sebelum itu, gol pertama Chuping Telinga hadir pada babak pertama perlawanan menerusi Shazrin hasil gerakan solonya melepasi beberapa pertahanan lawan sebelum merembat masuk gol dari sudut sukar kawasan gol Radix FC. Kemenangan tersebut ternyata menaikkan semangat Chuping Telinga yang telah mengalami kemenangan 2 kali berturut-turut dan mempamerkan kebangkitan luarbiasa dalam beberapa perlawanan terakhir Liga i. Chuping Telinga kini mengumpul 7 mata dan berkongsi mata bersama-sama dengan pasukan Kucing Malaya dan SC Catalan.  -Reuters

No comments:

Post a Comment