Mar 27, 2011

i League Newsletter - 27/3/2011

Radix dapat suntikan semangat

SURAUSIDE: Menjelang suku kedua saingan Liga I yang menjanjikan aksi lebih sengit, pasukan Radix FC telah menerima khabar gembira dengan kedatangan pengurus taktikal baru mereka yang dibawakan khas dari Kedah iaitu Amir Abbas. Ketibaan pengurus taktikal baru tersebut dipercayai  dapat menyuntik semangat para pemain serta mengubah corak permainan mereka menjadi lebih mantap. Berdasarkan rekod sebelum ini, nyata Amir Abbas memiliki segala ramuan yang mencukupi bagi membawa cabaran Radix. Beliau berpengalaman menjadi manager dalam game PES dan FIFA. Dalam pada itu, satu majlis penyerahan jersey juga telah dilancarkan oleh kelab yang berpangkalan di selatan institut ini. Pemilik utama kelab Radix FC, Ustaz A.Rusyaidi (mentor kelas PA) telah berbesar hati untuk menerima jersey home kelab dengan nombor 88. Ustaz A.Rusyaidi dalam kenyataannya berharap agar para pemain dan kelab dapat mengharungi musim Liga I ini dengan jayanya. Para pemain yang beragama Islam juga diingatkan supaya sentiasa menjaga etika Islam sepanjang masa. Para pemain yang membuka aurat seperti mendedahkan lutut dan menayangkan pusat mereka pasti mendapat murka Allah kerana ia adalah perkara yang dilarang keras dalam Islam. –AFP


CERIA….pemilik utama kelab RFC, Ustaz A.Rusyaidi bersalam dengan Hazman dalam majlis penyerahan jersey bersama sebilangan pemain.




MANTAP…Amir, pengurus taktikal baru RFC 
menyuarakan keyakinan untuk pasukannya memburu
mahkota kejuaraan liga.



Laporan Ditulis Oleh Khairul Naim PA.. Adios

No comments:

Post a Comment