Mar 25, 2011

i League Newsletter - 25/3/2011

MASKREDE TERUS DIRUNDUNG MALANG


Perlawanan pada hari ini menyaksikan 1 perlawanan sahaja berlangsung untuk Perlawanan Minggu Kelima ini. Perlawanan antara Maskrede CF dan Newborn United berakhir dengan keputusan seri 2-2. Maskrede yang sangat terdesak untuk mencari kemenangan setelah dikecewakan oleh dua kekalahan dalam perlawanan sebelum ini kepada The Legend dan juga Homesoy CF dikecewakan sekali lagi apabila gol penyamaan dari Newborn beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan yang berlangsung petang tadi bermula dengan agak seimbang di mana kedua-dua pasukan bertali arus melancarkan serangan ke arah kubu lawan masing-masing. Newborn dilihat lebih banyak mengasak dengan beberapa percubaan berbahaya dari Christy namun berjaya disekat oleh benteng pertahanan dan juga diselamatkan oleh penjaga gol Maskrede, Safwan.

Setelah bermula separuh masa pertama, barulah hadir gol pertama perlawanan jaringan Louis dari Newborn. Jaringan itu ternyata sedikit sebanyak menyentap semangat juang Maskrede CF.

Namun, Maskrede CF berjaya bangkit semula menerusi gol penyamaan daripada penyerang mereka, Afifuddin yg mudah merembat masuk hasil hantaran dari Azlan. Gol tersebut ternyata membakar semangat para pemain Maskrede untuk terus memburu gol.


Seterusnya, gol kedua Maskrede hadir menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Hasnor dan disudahkan dengan tenang oleh kapten Maskrede, Hanif.





Perlawanan yang dilihat seakan-akan menyebelahi Maskrede yang akan menang namun dikejutkan dengan gol penyamaan di saat2 akhir oleh James yang mudah menolak masuk hasil bola muntah penjaga gol Maskrede yang terlebih dahulu menepis bola rembatan jarak jauh oleh Christy. Gol tersebut ternyata memadam keegoan Maskrede CF dan kelekaan mereka ternyata dihukum oleh Newborn United. Selesai perlawanan tadi yang berkesudahan seri 2-2 meletakkan Maskrede CF di tangga ke-6 Liga i manakala Newborn United menghuni tangga ke-4 dengan mempunyai kelebihan 1 perlawanan yang belum dilalui.  - BBC Sports



VIDEO GOL PERLAWANAN :

No comments:

Post a Comment