25 Mac 2011
Maskrede CF 2 - 2 Newborn United
Scorer:
- Afifudin (1), Hanif (1) [Maskrede]
- Louis (1), James (1) [Newborn]
27 Mac 2011
Veteran FC 1 - 3 The Legend
Scorer:
- Hafiz (1), Nasrul (1), Jailani (1) [The Legend]
- Zulkhazril (1) [Veteran FC]
29 Mac 2011
Radix FC 3 - 0 Blackpool FC
Scorer:
-Baith (1), Ibnu Mustofa (1), Khairul (1)
1 April 2011
Kucing Malaya FC 1 - 1 Homesoy CF
Scorer:
- Faizi (1) [Homesoy]
- Jazli (1) [Kucing Malaya]
2 April 2011
SC Catalan 2 - 4 Chuping Telinga AFC
Scorer:
- Asyraf (3), Shazrin (1) [Chuping Telinga]
- [Catalan]
Apr 2, 2011
Apr 1, 2011
i League Newsletter - 1/4/2011
Pemain Blackpool Didenda
Pemain pertahanan Blackpool FC, Hafiz (gambar) bakal didenda oleh i League FA dengan hukuman digantung satu perlawanan setelah didapati bersalah masuk semula ke padang sewaktu perlawanan Blackpool menentang Radix FC baru-baru ini. Pemain Blackpool ini masuk semula selepas keluar ditukar untuk ditukar dengan pemain gantian, Shafiq pada separuh masa kedua tanpa disedari oleh pengadil dan penjaga garisan.Pengadil pada perlawanan tersebut, Fazril mengakui kesilapannya tidak menghalang pemain berkenaan masuk semula selepas keluar untuk digantikan dengan Shafiq dan berkata beliau tidak sedar akan kemasukannya semula sehinggalah tamat perlawanan. Setelah tamat perlawanan, para pengadil melakukan perbincangan dan dipersetujui oleh Admin Liga i untuk melakukan dendaan terhadapnya bagi memberi peringatan kepada pemain-pemain lain akan kesedaran mematuhi peraturan Liga i yang telah ditetapkan. Hafiz bakal terlepas perlawanan Gameweek 6 menentang Maskrede CF. Setakat ini tiada lagi rayuan yang dibuat oleh pihak Blackpool terhadap dendaan ini. -BBC Sports
Label:
Berita iLeague,
Newsletter
i League Newsletter - 1/4/2011
Kucing Malaya, Homesoy Sama Hebat
Perlawanan bagi gameweek ke-5 diteruskan lagi pada petang jumaat yang agak terik tadi dengan menyaksikan pertembungan antara Kucing Malaya CF dan juga Homesoy CF. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan Faizi dari Homesoy CF pada awal permainan babak pertama manakala gol penyamaan oleh Jazli dari Kucing Malaya ternyata melegakan pengurus mereka.
Babak pertama dimulakan dengan permainan pantas dari kedua-dua pasukan dengan saling berbalas serangan. Namun, Kucing Malaya dikejutkan dengan gol awal daripada Faizi yang mudah menggelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan deras kaki kiri ke pintu gol yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kucing Malaya, Taufik. Tersentak dengan gol itu, Kucing Malaya memperkemaskan rentak permainan yang dilihat sngat kucar-kacir di bahagian pertahanan namun dengan tenang dikemudikan oleh kapten pasukan mereka. Gol penyamaan dari Kucing Malaya hadir beberapa minit selepas itu hasil lorongan cantik bola kepada Jazli yang mudah menewaskan penjaga gol Homesoy ketika berhadapan satu-lawan-satu.
Perlwanan yang berakhir seri itu tadi meletakkan Homesoy kekal di tangga kedua dengan 10 mata dan terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga i, The Legend yang mengutip 13 mata selepas 5 perlawanan. Manakala Kucing Malay pula ke-6 sambil berkongsi 6 mata dengan Radix FC yang masih mempunyai baki 1 perlawanan. -BBC Sports
Label:
Berita iLeague,
Newsletter
Mar 27, 2011
i League Newsletter - 27/3/2011
pada
4:14 AM
Laporan oleh
Abdul Wafi
Radix dapat suntikan semangat
SURAUSIDE: Menjelang suku kedua saingan Liga I yang menjanjikan aksi lebih sengit, pasukan Radix FC telah menerima khabar gembira dengan kedatangan pengurus taktikal baru mereka yang dibawakan khas dari Kedah iaitu Amir Abbas. Ketibaan pengurus taktikal baru tersebut dipercayai dapat menyuntik semangat para pemain serta mengubah corak permainan mereka menjadi lebih mantap. Berdasarkan rekod sebelum ini, nyata Amir Abbas memiliki segala ramuan yang mencukupi bagi membawa cabaran Radix. Beliau berpengalaman menjadi manager dalam game PES dan FIFA. Dalam pada itu, satu majlis penyerahan jersey juga telah dilancarkan oleh kelab yang berpangkalan di selatan institut ini. Pemilik utama kelab Radix FC, Ustaz A.Rusyaidi (mentor kelas PA) telah berbesar hati untuk menerima jersey home kelab dengan nombor 88. Ustaz A.Rusyaidi dalam kenyataannya berharap agar para pemain dan kelab dapat mengharungi musim Liga I ini dengan jayanya. Para pemain yang beragama Islam juga diingatkan supaya sentiasa menjaga etika Islam sepanjang masa. Para pemain yang membuka aurat seperti mendedahkan lutut dan menayangkan pusat mereka pasti mendapat murka Allah kerana ia adalah perkara yang dilarang keras dalam Islam. –AFP
CERIA….pemilik utama kelab RFC, Ustaz A.Rusyaidi bersalam dengan Hazman dalam majlis penyerahan jersey bersama sebilangan pemain.
MANTAP…Amir, pengurus taktikal baru RFC
menyuarakan keyakinan untuk pasukannya memburu
mahkota kejuaraan liga.
Laporan Ditulis Oleh Khairul Naim PA.. Adios
Label:
Berita iLeague,
Newsletter
Mar 25, 2011
i League Newsletter - 25/3/2011
MASKREDE TERUS DIRUNDUNG MALANG
Perlawanan pada hari ini menyaksikan 1 perlawanan sahaja berlangsung untuk Perlawanan Minggu Kelima ini. Perlawanan antara Maskrede CF dan Newborn United berakhir dengan keputusan seri 2-2. Maskrede yang sangat terdesak untuk mencari kemenangan setelah dikecewakan oleh dua kekalahan dalam perlawanan sebelum ini kepada The Legend dan juga Homesoy CF dikecewakan sekali lagi apabila gol penyamaan dari Newborn beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan yang berlangsung petang tadi bermula dengan agak seimbang di mana kedua-dua pasukan bertali arus melancarkan serangan ke arah kubu lawan masing-masing. Newborn dilihat lebih banyak mengasak dengan beberapa percubaan berbahaya dari Christy namun berjaya disekat oleh benteng pertahanan dan juga diselamatkan oleh penjaga gol Maskrede, Safwan.
Setelah bermula separuh masa pertama, barulah hadir gol pertama perlawanan jaringan Louis dari Newborn. Jaringan itu ternyata sedikit sebanyak menyentap semangat juang Maskrede CF.
Namun, Maskrede CF berjaya bangkit semula menerusi gol penyamaan daripada penyerang mereka, Afifuddin yg mudah merembat masuk hasil hantaran dari Azlan. Gol tersebut ternyata membakar semangat para pemain Maskrede untuk terus memburu gol.
Seterusnya, gol kedua Maskrede hadir menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Hasnor dan disudahkan dengan tenang oleh kapten Maskrede, Hanif.
Perlawanan yang dilihat seakan-akan menyebelahi Maskrede yang akan menang namun dikejutkan dengan gol penyamaan di saat2 akhir oleh James yang mudah menolak masuk hasil bola muntah penjaga gol Maskrede yang terlebih dahulu menepis bola rembatan jarak jauh oleh Christy. Gol tersebut ternyata memadam keegoan Maskrede CF dan kelekaan mereka ternyata dihukum oleh Newborn United. Selesai perlawanan tadi yang berkesudahan seri 2-2 meletakkan Maskrede CF di tangga ke-6 Liga i manakala Newborn United menghuni tangga ke-4 dengan mempunyai kelebihan 1 perlawanan yang belum dilalui. - BBC Sports
VIDEO GOL PERLAWANAN :

Mar 3, 2011
Perlawanan Minggu Keempat
3 Mac 2011
Blackpool FC 2 - 2 Chuping Telinga AFC
Scorer:
- Ridhuan (1), Hakim (1) (Chuping Telinga)
- Zulzhafran (1), Mazwan (1) (Blackpool)
5 Mac 2011
Homesoy CF 2 - 0 Maskrede CF
Scorer:
- Saufi (1), Amir (1)
Veteran FC 1 - 0 SC Catalan
Scorer:
- Zulkhazril
The Legend 0 - 0 Kucing Malaya

Gameweek 4,
Match
Feb 26, 2011
Keputusan Perlawanan Tertunda
Perlawanan yang tertunda sebelum ini untuk melengkapkan jumlah perlawanan pasukan masing-masing sehingga Minggu ke-3.
26 Februari 2011
(Gameweek 3 - Delayed)
Radix FC 1 - 0 Homesoy CF
Scorer:
- Khairul
(Gameweek 2 - Delayed)
Newborn United 3 - 1 Blackpool FC
Scorer:
- Christy (Newborn United)
- Taufik (Blackpool FC)
26 Februari 2011
(Gameweek 3 - Delayed)
Radix FC 1 - 0 Homesoy CF
Scorer:
- Khairul
(Gameweek 2 - Delayed)
Newborn United 3 - 1 Blackpool FC
Scorer:
- Christy (Newborn United)
- Taufik (Blackpool FC)
Feb 25, 2011
Injury Update
pada
5:43 AM
Laporan oleh
Abdul Wafi
Farhan Abdul Halim yang kini sedang menjalani proses pemulihan dijangka akan bersedia dalam masa tiga ke empat minggu lagi.. Namun pengurus Maskerede CF menegaskan sebelum Farhan kembali mengetuai bahagian gawang Maskerede CF, Farhan akan melalui beberapa perlawanan bersama skuad simpanan dahulu sebelum kembali..Ini bermakna Big Farhan terpaksa direhatkan tanpa peruntukan rawatan sepanjang tempoh pemulihan tersebut. Harapnya Maskrede CF dapat memperbaiki kedudukan dalam liga terutamanya apabila mereka terpaksa menentang pasukan sensasi seperti Homesoy CF dan SC Catalan tak lama lagi..
Selain itu, penjaga gol no.1 Maskrede CF iaitu Muhammad Safwan juga masih bergelut dengan kecederaan hamstring dan pergelangan kakinya selepas perlawanan "antarabangsa" untuk skuad Rumah Sukan Rajawali tempoh hari. Dia terpaksa berehat sekurang-kurangnya 2 minggu untuk pulih sepenuhnya dan dijangka boleh beraksi pada perlawanan menentang Homesoy CF minggu hadapan. Maskrede kini berdepan kriseis ketiadaan penjaga gol yang cergas buat masa sekarang dan berharap kedua-dua penjaga gol ini dapat pulih sepenuhnya menjelang perlawanan Liga i yang akan datang.
Bagi Blackpool FC pula, satu tamparan hebat kepada skuad mereka apabila beraksi pada perlawanan ganti menentang Newborn United Sabtu ini apabila kehilangan Mohd Hikrie yang mengalami kecederaan belakang. Tiada temoh masa yang ditetapkan lagi untuk beliau kembali pulih dan menyertai latihan bersama Blackpool semula.

Sementara di kem Pasukan homesoy pula, dua tonggak utama mereka mengalami kecederaan dan disahkan tidak akan beraksi pada perlawanan penting menentang radix fc. mereka yang dimaksudkan ialah roshidi dan md areef ( seperti gambar di atas) .... kemungkinan besar kesebelasan utama homesoy akan dirombak besar-besaran pada perlawanan bertemu radix.
Adios..
Label:
Injury Update
Feb 14, 2011
Perlawanan Minggu Ketiga
Selasa, 15 Februari 2011
SC Catalan V Blackpool FC
(10.00 pagi)
Kucing Malaya V Veteran FC
(4.00 petang)
Chuping Telinga AFC V Newborn FC
(5.00 petang)
Maskrede CF V The Legend
(6.00 petang)
Radix FC V Homesoy CF
(Postponed)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keputusan :
SC Catalan 5 - 0 Blackpool FC
Scorer:
- Jemey (2)
- Naim (2)
- Nazir (1)
Kucing Malaya 0 - 1 Veteran FC
Scorer:
- Zulkhazril
Chuping Telinga AFC 0 - 1 Newborn FC
Scorer:
- Zulfahmi
Maskrede CF 0 - 3 The Legend
Scorer:
- Hanis (2)
- Faiz (1)
Label:
Gameweek 3
Feb 6, 2011
Jersi Pasukan Liga i Musim 2011
Berikut merupakan senarai bergambar jersi-jersi pasukan yang telah disahkan oleh pasukan-pasukan ini:
![]() |
| Maskrede CF |
![]() |
| Homesoy CF |
![]() |
| Kucing Malaya FC |
![]() |
| SC Catalan |
![]() |
| Newborn United |
![]() |
| Chuping Telinga Athletic FC |
![]() |
| The Legend |
*Jika ada jersi away dan ingin diletakkan bersama jersi home pasukan kesayangan anda, boleh la post gambar di Group Facebook Liga i...
Subscribe to:
Posts (Atom)