Feb 25, 2011

Injury Update


Farhan Abdul Halim yang kini sedang menjalani proses pemulihan dijangka akan bersedia dalam masa tiga ke empat minggu lagi.. Namun pengurus Maskerede CF menegaskan sebelum Farhan kembali mengetuai bahagian gawang Maskerede CF, Farhan akan melalui beberapa perlawanan bersama skuad simpanan dahulu sebelum kembali..Ini bermakna Big Farhan terpaksa direhatkan tanpa peruntukan rawatan sepanjang tempoh pemulihan tersebut. Harapnya Maskrede CF dapat memperbaiki kedudukan dalam liga terutamanya apabila mereka terpaksa menentang pasukan sensasi seperti Homesoy CF dan SC Catalan tak lama lagi..

Selain itu, penjaga gol no.1 Maskrede CF iaitu Muhammad Safwan juga masih bergelut dengan kecederaan hamstring dan pergelangan kakinya selepas perlawanan "antarabangsa" untuk skuad Rumah Sukan Rajawali tempoh hari. Dia terpaksa berehat sekurang-kurangnya 2 minggu untuk pulih sepenuhnya dan dijangka boleh beraksi pada perlawanan menentang Homesoy CF minggu hadapan. Maskrede kini berdepan kriseis ketiadaan penjaga gol yang cergas buat masa sekarang dan berharap kedua-dua penjaga gol ini dapat pulih sepenuhnya menjelang perlawanan Liga i yang akan datang.

Bagi Blackpool FC pula, satu tamparan hebat kepada skuad mereka apabila beraksi pada perlawanan ganti menentang Newborn United Sabtu ini apabila kehilangan Mohd Hikrie yang mengalami kecederaan belakang. Tiada temoh masa yang ditetapkan lagi untuk beliau kembali pulih dan menyertai latihan bersama Blackpool semula.





Sementara di kem Pasukan homesoy pula, dua tonggak utama mereka mengalami kecederaan dan disahkan tidak akan beraksi pada perlawanan penting menentang radix fc. mereka yang dimaksudkan ialah roshidi dan md areef ( seperti gambar di atas) .... kemungkinan besar kesebelasan utama homesoy akan dirombak besar-besaran pada perlawanan bertemu radix.

Adios..

No comments:

Post a Comment