Oct 15, 2011

Edisi suai kenal - Mari mengenal pasukan Liga I

Liga I sejak ditubuhkan telah mencungkil bakat terpendam dalam diri setiap pemain dan memberi lebih banyak peluang untuk mereka menyinar bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan IPGKPP. Dengan adanya liga di dalam institut, pemain akan mendapat pendedahan awal dalam menghadapi saingan dalam liga yang lebih kompetitif di luar institut. Contohnya dua kejohanan baru-baru ini iaitu Piala Governor di bawah kendalian FA P.Pinang dan Karnival Sukan Zon Utara yang berlangsung di Perlis, pasukan institut memberikan saingan sengit meski tewas. Namun potensi yang ada dalam pasukan institut tidak boleh dinafikan dan dengan bimbingan yang betul pasukan institut dapat pergi lebih jauh.

Untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain, Liga I ditubuhkan pada awal semester lalu dan mendapat sambutan menggalakkan dari warga IPGKPP. Kini Liga I sudah masuk ke musim kedua. Sudah 2 musim Liga I berjalan dan sepanjang 2 musim ini kita dapat lihat berbagai ragam pemain dan pasukan yang terlibat. Sepanjang 2 musim ini juga kita dapat lihat peningkatan dalam permainan setiap pemain dan sepanjang 2 musim ini juga kita disajikan dengan aksi-aksi menarik setiap pasukan bertanding. Di sini adalah sedikit pengenalan mengenai pasukan bertanding dalam Liga I musim kedua.

Kucing Malaya

Jangan terpedaya. Nama pasukan ini agak manja tetapi agresif persis WOLVERINE.



"Sape yang sebut-sebut nama gua?"

Merupakan salah satu pasukan title chasers dalam liga musim lalu, pasukan ini memanfaatkan pembubaran pasukan Catalan dengan membawa masuk pemain sayap berbakat, Jemey. Selain itu pemain seperti Mus dan Jazli juga membantu mencorakkan permainan dan member Kucing Malaya lebih banyak pilihan untuk menyerang. Dilihat sebagai sebuah pasukan yang mantap dan dengan reputasi sebagai salah satu pasukan terkuat dalam liga, Kucing Malaya kini mendahului carta liga dan dilihat sebagai antara pasukan yang akan merampas title kejuaraan dari pasukan The Legend. Dengan berbaki 2 perlawanan lagi, Kucing Malaya perlu terus fokus andai mereka ingin membawa pulang piala. Dengan The Legend serta Maskrede CF mengekori rapat di belakang, Kucing Malaya tidak boleh keciciran walau satu mata sekalipun bagi mencerahkan peluang mereka merangkul piala musim ini

The Legend

Seperti namanya, The Legend adalah pasukan lagenda. Pasukan yang digeruni, juara sulung Liga I ini komited mahu mengekalkan kejuaraan mereka. Namun misi merangkul kejuaraan kali ke-2 ini tidak akan tercapai andai mereka gagal mengekang Kucing Malaya yang kini gah di takhta liga dengan jumlah mata yang sama, cuma dibezakan dengan jumlah jaringan. Pasukan ini terdiri dari barisan pemain institut dengan Hanis sebagai tonggak pasukan. Central figure yang lain dalam pasukan ini seperti Faiz dan Lokman juga merupakan pemain penting dalam pasukan The Legend. Pasukan ini tanpa ragu lagi sememangnya antara pasukan terkuat dalam saingan liga.

Maskrede CF

Berbelit juga lidah menyebut nama pasukan ni. Macam nama pasukan Ligue 1 Perancis pun ada. Maskrede juga merupakan pasukan title chaser musim lalu dan terbaru, pasukan ini juga sedang bersaing dengan The Legend dan Kucing Malaya bagi mendapatkan title juara liga. Pemain penting pasukan ini seperti Ikhram, Hanif, Afifudin (Epi) dan Yusri adalah pemain yang disegani dalam kancah Liga I. Permainan sistematik menjadi trademark pasukan ini. Kebanyakan gerakan dimulakan oleh Hanif yang lebih arif dalam merangka permainan dan mempunyai overview yang baik di atas padang. Mereka kini hanya 2 mata di belakang pendahulu bersama The Legend dan Kucing Malaya. Dengan berbaki hanya 2 permainan lagi harapan mereka untuk merangkul kejuaraan bergantung kepada 2 perlawanan terakhir The Legend dan Kucing Malaya. Apapun pasukan ini akan terus bersaing sengit bagi mendapatkan kejuaraan sulung mereka musim ini.

Newborn United


"Posing smart skit. Gambo kita masok blog!! "

Ini adalah pasukan persis Arsenal dalam Liga I. Rata-rata dibarisi pemain muda, central figure dalam pasukan ini seperti Christy, Nabil, Imran, Louis, Nadzri dan salah seorang pemain tengah terbaik musim lalu Firrland sedang meningkat naik permainan mereka. Namun kurang pengalaman jelas merencatkan permainan mereka. Meskipun memiliki line-up yang bagus dan pemain serba boleh di setiap posisi dalam padang, taktikal pasukan ini agak kabur. Tetapi pasukan ini juga pernah menjadi pasukan title chaser musim lalu berbekalkan semangat tinggi pemain dan juga kepantasan pemain mereka. Pasukan ini sememangnya memiliki pemain yang lincah belaka di setiap posisi dalam padang. Namun musim ini Newborn United nampaknya hanya mampu untuk menamatkan saingan di kelompok pertengahan liga. Tetapi musim hadapan mungkin mereka akan lebih bernasib baik.

Chuping Telinga Athletic

Ayam tambatan CTA. Pemain serba boleh!!

Sekali lagi mohon, jangan hanya melihat dari namanya sahaja. Seperti Kucing Malaya yang begitu manja sekali bunyinya, meski agak aneh tetapi Chuping Telinga Athletic tidak boleh dipandang enteng. Mereka telah banyak berubah berbanding ketika saingan musim lalu. Pasukan ini dikenali kerana komitmen setiap pemain dalam pasukan. Mereka banyak melakukan perlawanan persahabatan bagi memperbaiki permainan mereka. Mereka bermula dalam saingan liga musim lalu dengan title underdog namun kini pasukan yang baru sahaja mendapat penajaan dari Nike Penang ini sudah bersedia untuk menggegar. Kini menduduki tangga ke-7 liga, mereka pastinya mahu memperbaiki prestasi pasukan mereka musim lalu.


Homesoy CF

Joker mengawal bola. Tidak ada kene mengena dengan kad terup joker

You don’t mess with green peace. Lokman bersaing dengan pemain Gembira FC

Pasukan sayur? ANDA SILAP BESAR andai itu yang anda fikirkan. Memang bunyinya seperti pasukan bumi hijau mesra alam tetapi pasukan ini adalah antara pasukan yang digeruni dalam Liga I. Homesoy memiliki barisan pemain paling tahan, mampu untuk bermain sepanjang perlawanan berlangsung dan masih boleh melakukan gerakan merbahaya di kala pemain lawan sudah kepenatan. Kelebihan ini dimantfaatkan sebaik mungkin pasukan yang berpangkalan di Gajus ini selain kebolehan menjaring semula jadi penyerang prolifik mereka yang lebih dikenali dengan panggilan Joker. Selain itu pemain seperti Wafi, Saufi dan Lokman juga memainkan peranan penting dalam mencipta gerakan. Walaupun Lokman sering dihantui kecederaan namun Homesoy terus gah menuju ke hadapan dalam misi mencari kejuaraan sulung mereka. Peluang mereka masih terbuka namun agak samar. Andai The Legend, Kucing Malaya dan Maskrede CF kalah kedua-dua perlawanan terakhir mereka mungkin mereka akan berpeluang merangkul kejuaraan pertama mereka.

Radix FC

Sememangnya Liga I dipenuhi oleh pasukan dengan nama-nama unik. Radix FC berpangkalan di Surauside adalah antara pasukan yang mampu memberi saingan kepada pasukan elit Liga I. Mengutip 10 mata dari hanya 6 perlawanan, kedudukan mid-table mereka mampu diubah andai mereka mampu memanfaat kesemua perlawanan terakhir mereka. Meski peluang untuk merangkul kejuaraan sudah tertutup buat pasukan ditaja Radix ini, namun mereka masih mampu menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan.

BTB FC





Mohon maaf saya sendiri tidak tahu makna di sebalik nama BTB itu. Pasukan ini adalah pasukan baru, naik divisyen selepas semusim di divisyen bawahan. Ok, yang itu cuma rekaan semata bagi menyedapkan cerita. Sebenarnya slot diisi oleh BTB ini milik Catalan yang dibubarkan musim lalu. BTB menghadapi musim paling sukar dengan rekod tanpa kemenangan selepas 8 perlawanan liga. Meski pemain seperti Nabil iaitu bekas pemain Kucing Malaya cuba melakukan perubahan namun seperti ada yang tidak kena kepada pasukan ini. Rentetat kekalahan ini nyata merobek semangat pemain namun diharapkan BTB FC teruskan perjuangan menongkah arus deras.

Gembira FC

Gembira FC adalah kelahiran semula Blackpool iaitu pasukan dari saingan liga musim lalu. Namun sejak kemasukan Zam, bekas pemain The Legend perubahan drastik dapat dilihat dalam corak permainan mereka. Central figure seperti Seni dan Zul Zhafran adalah pemain penting dalam skuad ini. Walaupun dilihat sebagai pasukan bukan pilihan, namun acap kali kita dikejutkan oleh kekuatan mental pasukan ini yang enggan menyerah meski laluan buat mereka dilihat sukar. Kecekalan pemain di setiap posisi merupakan aset bagi pasukan ini namun dalam menghadapi saingan penuh liku dalam Liga I, pasukan ini perlukan sesuatu yang lebih dari sekadar kekuatan mental andai mereka ingin mengubah status pasukan. Namun sejujurnya saya katakan, pasukan yang tidak kenal erti berputus asa memberi inspirasi kepada saya. Teruskan usaha anda Gembira FC.

Old Timer

Pasukan TEYL dari UUM ini mengambil slot kosong ditinggalkan oleh pasukan TEYL yang lalu iaitu Veteran FC. Pasukan Old Timer ini dikenali kerana sokongan tidak berbelah bahagi penyokong mereka. Tatkala susah senang mereka pasukan penyokong tetap hadir memberi sokongan padu lagi jitu buat pasukan Old Timer. Kecekalan penyokong mereka sepatutnya dicontohi oleh penyokong Malaysia. Meski ketinggalan, penyokong Old Timer tetap cekal memberi sokongan. Pasukan ini menduduki tangga ke 8, hanya dibezakan dengan defisit jaringan dengan pasukan di atas mereka, CTA. Meski mengalami siri kekalahan di awal musim, mereka bangkit ketika saingan liga hampir tamat dan menempatkan diri mereka di tangga ke 8 ketika ini. Namun kemenangan di 2 perlawanan terakhir mungkin akan merubah kedudukan mereka.

Ini adalah sedikit sebanyak pengenalan bagi setiap pasukan yang kini sedang bersaing dalam Liga I musim kedua. Dengan liga hampir tamat dalam tempoh masa seminggu iaitu sebelum cuti Deepavali, saingan kejuaraan liga semakin sengit. 4 pasukan berkebolehan akan bersaing merebut takhta kejuaraan liga. Kepada pasukan bersaing, amalkan permainan bersih dan bersainglah secara sihat. Kerana dalam kita ghairah mengejar title kejuaraan, kita masih berada dalam satu pasukan besar iaitu pasukan IPGKPP. Bersama-samalah kita berusaha dalam memperbaiki permainan kita dan menaikkan nama IPGKPP sebagai satu pasukan disegani dalam saingan bola sepak di masa akan datang. Quoted from Epi - Kapten pasukan IPGKPP yang baru dilantik. A bit on the side note, selesai saingan Karnival Sukan IPG Zon Utara tadi berlangsung upacara tidak rasmi perlantikan Epi sebagai kapten pasukan IPGKPP menggantikan Hanis. Admin mengucapkan tahniah di atas perlantikan Epi dan buat Hanis, kami mendoakan kejayaan anda dalam segala apa yang anda kerjakan.

Sekian coretan dari admin.

Sekali lagi mohon maaf. Tak cukup gambar dalam simpanan saya. Jadi yang mana ada tu, adalah. Harap maaf kalau menyinggung. Sekian

Ni betul punya habis ni.

No comments:

Post a Comment