Liga I
melabuhkan tirainya sedikit awal tahun ini. Di awal tahun kita disajikan dengan
persembahan mantap pasukan-pasukan bersaing dalam Liga I manakala di semester
kedua tahun ini kejohanan I-Cup bercorak kalah mati menyajikan persembahan yang
dinamik penuh dramatik. Liga kali ini berjalan lancar walaupun di awal saingan
beberapa masalah timbul sedikit merencatkan permainan. Apapun liga ini telah
dikelolakan dengan baik dan pihak penganjur wajar diberikan pujian atas usaha
mereka tahun ini.
Tujuan
entri ini ditulis adalah bagi mengutarakan pandangan dan cadangan admin untuk
menambahbaik lagi liga ini. Apapun ini sekadar cadangan dan pandangan peribadi
admin, jika dirasakan elok bolehlah dipraktikkan di masa akan datang. Jika
rasanya kurang elok tidak perlulah dilaksanakan.
Pertama
sekali di awal musim keempat semester kedua tahun ini (ketika berlangsungnya
I-Cup yang julung kali diadakan) berlaku sedikit masalah ketika pendaftaran.
Pasukan berdaftar tidak cukup ahlinya menyebabkan beberapa pasukan dipaksa
menarik diri dari saingan. Malah ada pasukan yang baru terbentuk di malam
pendaftaran pasukan kerana ketiadaan pemain. Pasukan itu bernasib baik tetapi
bagaimana pula dengan pasukan yang lain? Mereka juga pastinya mahu bersaing
dalam kejohanan ini sama seperti yang lain namun peluang mereka direntap kerana
kekurangan pemain untuk bersaing. Lebih aneh ketika I-Cup sedang hangat
berlangsung, secara tiba-tiba ramai pula pemain yang meminta didaftarkan untuk
kejohanan ini. Sekiranya mereka mendaftar lebih awal mereka ini sudah boleh
membentuk pasukan mereka sendiri. IPG kita ini bukan kecil dan jumlah pemain
juga bukan sedikit. Ramai, cuma kurang dikenali. Mereka ini jarang mendapat
peluang menonjolkan bakat kerana faktor-faktor tertentu. Mereka boleh bermain
dan mereka mahu bermain, cuma mereka tidak mempunyai pasukan untuk diwakili.
Cadangan admin bagi mengatasi masalah ini, ialah menyediakan satu senarai ‘Transfer
List’ I-League.
Rasional
di sebalik kewujudan ‘Transfer List’ I-League ialah untuk membantu pemain yang
tidak mempunyai pasukan dan juga memperkemas system perpindahan pemain dalam
liga ini. Begini, biar admin terangkan. Pemain yang masih tidak mempunyai
pasukan perlu mendaftar nama mereka di dalam senarai ini. Mereka akan
didaftarkan di bawah kategori ‘Free Agent’ iaitu pemain tidak terikat (pada
mana-mana pasukan). Mereka ini akan diberikan tempoh percubaan dengan mana-mana
pasukan yang bersaing dalam liga. Sekiranya pasukan itu berpuas hati, mereka
bolehlah mendaftarkan pemain ini ke dalam pasukan mereka. Harus diingat andai
berlaku persaingan untuk pemain, keputusan akan terletak di tangan pemain
tersebut. Maka adalah lebih elok jika pemain tersebut mencuba nasib di beberapa
pasukan terlebih dahulu bagi mencerahkan peluang pemain untuk terpilih.
Kepada
pemain yang sudah mempunyai pasukan namun ingin berpindah, mereka perlu
terlebih dahulu mendaftar nama mereka di dalam senarai ini. Nama mereka akan
muncul dalam senarai dengan status ‘Transfer Listed’. Rasional mengenai
perubahan status ini adalah bagi memberi masa pasukan untuk memujuk pemain atau
menyediakan pengganti di posisi yang ditinggalkan. Ia juga dapat memperkemas
lagi perjalanan liga kita. Perpindahan pemain akan lebih tersusun dan saingan
akan menjadi semakin sengit. Masalah pendaftaran pemain juga akan dapat
diselesaikan. Mungkin ada yang akan bertanya, bagaimana pula nasib pemain yang
tidak terpilih? Pemain di bawah status ‘Free Agent’ yang tidak terpilih akan
terpinggir dari saingan liga? Sebenarnya mereka masih berpeluang untuk bersaing
dalam liga ini. Bagaimana? Pemain ‘Free Agent’ ini bolehlah menubuhkan pasukan
baru dengan mengambil kesemua pemain ‘Free Agent’ yang masih available. Dengan
ini tiada lagi masalah pemain terpinggir dan kita juga dapat memeriahkan lagi
liga kita ini.
Tempoh
percubaan pemain adalah selama 3 minggu sebelum pendaftaran pasukan. Senarai ‘Transfer
List’ akan dikeluarkan lebih awal bagi memberi peluang pasukan untuk memancing
pemain masuk ke pasukan mereka. Dalam tempoh itu, pemain bebas untuk berpindah
kelab namun selesai pendaftaran bermakna tamat tempoh perpindahan (Jendela
perpindahan tertutup). Di pertengahan liga (selepas selesai separuh dari perlawanan
liga) jendela perpindahan akan dibuka semula, bukan untuk perpindahan kekal(pemain
berdaftar dalam pasukan) sebaliknya adalah perpindahan berbentuk pinjaman.
(oleh itu adalah rasional bagi setiap pasukan berdaftar menyediakan jersi
kosong yang seragam dengan jersi pasukan mereka bagi member peluang meminjam
pemain) TETAPI, hanya seorang pemain boleh dipinjam oleh sesebuah pasukan hanya
untuk menyertai baki separuh lagi perlawanan liga. Perjanjian ini adalah suka
sama suka bermakna kedua pasukan dan pemain bersetuju untuk
meminjamkan/meminjam pemain tersebut bagi mengharungi saingan liga. Pemain
berdaftar tidak boleh lagi berpindah dalam tempoh ini TETAPI pemain dalam
senarai ‘Free Agent’ berpeluang untuk menyertai pasukan bersaing. (Ini adalah
demi melancarkan perjalanan liga andai majority pemain terpaksa keluar dari
kampus atas urusan rasmi. Kucing bersalin adalah urusan tidak rasmi, harap
maklum. Perlawanan BPL atau El Clasico malam perlawanan juga bukan alasan rasmi)
Tempoh jendela perpindahan ini adalah seminggu. Pemain ‘Free Agent’ dan
pinjaman perlu didaftar dalam tempoh ini. Andai mereka gagal mendaftar dalam
tempoh ditetapkan, pemain pinjaman terpaksa pulang kepada pasukan asal dan
pemain ‘Free Agent’ hanya perlu menunggu musim akan datang andai mahu menyertai
liga ini.
Admin juga
mencadangkan agar jumlah pemain dalam pasukan ditambah kepada
sekurang-kurangnya 17 pemain bagi setiap pasukan. Sekadar untuk melancarkan
perjalanan liga andai ada pemain perlu keluar kampus untuk pelbagai urusan yang
tidak dapat dielakkan. Diharapkan pihak penganjur dapat menimbangkan cadangan
ini. Sekian.