Apr 17, 2012

Season Wrap Up

Musim ke-3 Liga I akan berakhir tidak lama lagi dengan Kucing Malaya gah di takhta liga diekori rapat pasukan Homesoy FC yang menikmati musim terbaik mereka dalam edisi ke-3 Liga I. Kedudukan setiap pasukan di dalam liga juga dilihat tidak akan berubah dengan drastik dengan beberapa pasukan telah menghabiskan baki perlawanan mereka musim ini. Berikut adalah season wrap up buat pasukan-pasukan di dalam Liga I

Kuching Malaya
Kedudukan liga - 1 (16 mata)
Goal Difference - 18
Ramalan - Juara liga

Kuching Malaya mengekalkan aksi konsisten sepanjang musim dan layak berada di takhta liga. Dengan rekod tanpa kalah musim ini mereka dilihat sebagai pencabar utama untuk merangkul kejuaraan sekaligus mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang memenangi liga berturut-turut. Namun mereka tidak boleh leka. Dengan baki 2 perlawanan segalanya mungkin. Apatah lagi mereka kini diekori rapat 2 pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Homesoy dan Maskrede CF. Saingan liga semakin hampir ke punghujung dan andai Kuching Malaya kekal konsisten menghadapi baki perlawanan mereka berpeluang untuk merangkul kejayaan kedua mereka dalam 2 musim. 

Homesoy CF
Kedudukan liga - 2 (16 mata)
Goal Difference - 12
Ramalan - League runner up

Homesoy menikmati musim terbaik mereka ketika ini. Mengekori rapat pasukan Kuching Malaya, mereka mampu melakukan kejutan dan berpeluang untuk merangkul kejayaan pertama mereka dalam Liga I. Mereka sudah mengharungi 7 perlawanan liga bermakna hanya berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. Berbanding Kuching Malaya yang berbaki 2 perlawanan, agak sukar bagi Homesoy untuk menggugat kedudukan Kuching Malaya di takhta liga. Namun andai Kuching Malaya terlepas mata dalam baki 2 perlawanan tersebut, Homesoy tetap berpeluang untuk merangkul kejuaraan. Di atas kertas, Homesoy dilihat hanya akan menamatkan kempen mereka di tempat kedua. 

Maskrede CF
Kedudukan liga - 3 (13 mata)
Goal Difference - 13
Ramalan - League runner up

Seperti Homesoy, Maskrede juga sedang berada di puncak permainan mereka. Dengan baki 2 perlawanan lagi, peluang Maskrede CF untuk merangkul kejuaraan pertama mereka agak cerah. Namun Kuching Malaya jelas menjadi penghalang cita-cita mereka musim ini. Maskrede akan berusaha keras untuk memperbaiki kedudukan liga. Dari rekod perlawanan mereka penulis merasakan kedudukan top 3 adalah sudah pasti buat Maskrede musim ini. yang masih samar adalah peluang mereka untuk menjuarai liga. Segalanya bergantung kepada baki 2 perlawanan akhir Kuching Malaya. Apapun mereka masih berpeluang. Bola itu bulat

Chuping Telinga Athletic
Kedudukan Liga - 4 (12 mata)
Goal Difference - 2
Ramalan - Mid Table finish

Chuping Telinga Athletic kini menghuni tangga ke 4 liga berbaki hanya 1 perlawanan lagi. Maka mereka dilihat hanya mampu menamatkan kempen liga di kelompok pertengahan liga. Mereka menampilkan permainan yang menarik dan menunjukkan peningkatan di setiap musim. Namun musim ini mereka kurang bernasib baik dan hanya boleh berpuas hati di kelompok pertengahan. Mungkin musim hadapan mereka akan lebih bernasib baik dan siapa tahu mereka mungkin berpeluang mencabar kejuaraan liga? Apapun musim ini, mid table finish sudah memadai buat mereka. 

Newborn United
Kedudukan liga - 5 (9 mata)
Goal Difference - 5
Ramalan - Mid Table finish

Pasukan Newborn beraksi lebih baik musim ini berbanding musim lalu. Kembalinya penyerang prolifik mereka yang baru pulih dari kecederaan memberikan pasukan ini satu momentum untuk terus maju. Kedudukan mereka masih belum stabil. Newborn kini berbaki 1 perlawanan dan diekori rapat pasukan Radix FC, hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Kemenangan dalam perlawanan terakhir liga akan mengunci kedudukan mereka dalam liga. Musim ini mereka hanya boleh berpuas hati menduduki kelompok pertengahan liga. 

Radix FC
Kedudukan liga - 6
Goal Difference - -9
Ramalan - Mid Table finish

Pasukan Radix mengekori rapat pasukan di tangga ke 5 iaitu Newborn United. Berbaki 1 perlawanan lagi, andai pasukan Newborn keciciran mata di perlawanan terakhir mereka Radix mungkin dapat memperbaiki kedudukan pasukan. Kemenangan dalam perlawanan terakhir liga adalah penting andai mereka mahu memperbaiki kedudukan pasukan di dalam liga. 

Ciku United
Kedudukan liga - 7
Goal Difference - -1
Ramalan - Bottom Half

Pasukan ini dikenali sebagai satu pasukan 'Giant Killer' dalam Liga I. Dengan kombinasi pemain baru dan lama, mereka sudah melakarkan keputusan yang mengejutkan dalam perlawanan-perlawanan mereka menentang pasukan gergasi liga. Meski hanya mencatat keputusan seri dalam perlawanan menentang pasukan gergasi, ia dianggap sebagai satu pencapaian besar buat pasukan ini. Sayang kerana mereka kini menghuni bottom half liga dan mereka juga telah menamatkan kempen mereka lebih awal berbanding pasukan lain. Kedudukan bottom half itu sudah pasti namun mereka harus berbangga dengan pencapaian pasukan mereka musim ini. 

Pinang United
Kedudukan liga - 8
Goal difference - -25
Ramalan - Bottom Half

Pasukan ini mencatat jumlah bolos yang banyak berbanding pasukan lain dalam saingan liga. Namun mereka telah mencatat 3 mata berharga bagi meletakkan mereka di kedudukan ke-8 liga. Peluang mereka untuk memperbaiki kedudukan sudah terkunci dan mereka hanya boleh berpuas hati dengan kedudukan mereka ketika ini. Berbaki 1 perlawanan, musim hadapan mereka mungkin akan lebih bernasib baik. Taktikal yang lebih tersusun mungkin boleh membantu mereka untuk memperbaiki kedudukan pasukan di musim akan datang. 

L.A FC/Gembira
Kedudukan liga - 9
Goal Difference - -15
Ramalan - Bottom League

Pasukan Gembira menghadapi musim terburuk mereka musim ini. Hanya mengutip 1 mata dari 7 perlawanan liga, kemenangan dalam perlawanan terakhir liga merupakan peluang terakhir untuk mereka memperbaiki kedudukan. Andai mereka mampu mengutip 3 mata berharga dalam perlawanan terakhir liga dan Pinang United tercicir mata mereka mampu memperbaiki kedudukan mereka dalam liga. Mereka berkemampuan mencipta kejutan tapi dari rekod dan form mereka musim ini, penulis meramalkan mereka akan menghuni bottom league musim ini. Apapun ramalan itu hanya di atas kertas. Aksi mereka di padang yang akan menentukan nasib mereka musim ini.